TERBANG BERSAMA MDB (Siri 43)
Saya diminta kembali semula ke Cape Town sekitar tahun 2000 di musim sejuk. Ini lawatan kedua saya ke bumi Cape Town. Tahun 2000 cukup indah bagi saya. Kalau tahun 1998 menyaksikan saya dibuka lorong ke dunia kepenasihatan Syariah peringkat global, 2000 pula membuka minda saya berfikir cara baru.
Apa maksud saya?
Dalam lawatan kali ini, saya banyak turun ke padang bukan hanya di pejabat & mesyuarat. Pertamanya, saya banyak bersama Nazim Ebrahim dalam kereta, di pasar & di beberapa mesyuarat separuh resmi & sosial. Beliau adalah abang kepada pengasas Dana Oasis, Adam Ebrahim. Adam seorang pengurus dana & arif dalam bidang alokasi aset (asset allocation). Nazim adalah seorang peguam. Pernah menjadi pemimpin pelajar & aktif dalam perjuangan menentang aparthied.
Saya telah melihat bagaimana beliau memecat pegawainya yang tidak dapat dihubungi melalui mobile kerana lupa caj baterinya. Pegawai ini pegawai kanan. Disebabkan kecuaiannya, satu mesyuarat penting gagal diadakan.
Kemudian saya pergi ke pasar rakyat bersama beliau. Bila masuk saja di pasar, beliau ditegur hampir semua penjual di pasar rakyat. Mesra & mudah didekati sedangkan beliau seorang yang 'cenggie' (garang). Kenapa? Dana Oasis banyak membantu penjual2 ni secara CSR. Malah, segala cenderahati syarikat Oasis adalah barang2 dari penjual2 kampung & bukan dari syarikat2 besar. (Sekarang saya galakkan MAIWP gunakan barang2 asnaf sebagai cenderahati kepada tetamu).
Kemudian, kami lawat Pulau Robben di tempat Mandela dipenjarakan selama 18 tahun. Di sana Nazim & rakan2 beliau banyak menceritakan perjuangan Nelson. Saya terkedu. Melihat sel penjara Nelson & tempat tahanan politik berkerja mengetuk batu kapur, saya mengalamun jauh.
Buat pertama kali, hati saya terjentik. Saya mula tertarik dengan Nelson. Jauh sangat perbezaan antara beliau dengan kita.
Sebaik sahaja sampai di pelabuhan Cape Town dari Pulau Robben sebelum waktu senja, sambil menghirup Lattee membunuh kesejukan angin laut, saya terlihat sebuah buku 'Long Walk to Freedom' tentang Mandela. Saya terus membeli. Di hotel, saya mula membaca.
Buku inilah yang telah mengubah diri saya.
#terbangbersamamdb
MDB